Detik Antara Waktu

"Detik Antara Waktu"
Single oleh Misha Omar
daripada album Dia...Misha
Dilancarkan pada8 April 2011
FormatCD
GenrePop
SyarikatSony BMG Music Malaysia
PenulisRudi Muhammad (Kuncidemak)
PenerbitRudi Muhammad (Kuncidemak)
Kronologi single Misha Omar
""Berlalu"
(2011)"
"Detik Antara Waktu" ""Angin Syurga"
(2012)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu Detik Antara Waktu (Inggeris: "Seconds Between Times") merupakan sebuah single kedua untuk mempromosikan album kompilasi pertama nyanyian penyanyi popular Misha Omar. Album tersebut yang berjudul Dia...Misha adalah untuk meraikan genap 10 tahun penglibatan penyanyi ini di arena seni suara sejak menjadi finalis dalam rancangan Bintang RTM 2001.

Lagu Detik Antara Waktu ini pertama kali dipersembahkan di khalayak ketika pelancaran dan showcase album Dia...Misha di Celebrities Hall of Music, Solaris Mont Kiara Kuala Lumpur pada 28 Mac 2011. Biarpun lagu ini menemui pendengar radio pada 8 April namun penjualan secara digital untuk lagu ini telah rancak sejak Februari sekaligus menjadikan lagu ini lebih lekas popular berbanding single pertama yang berjudul Berlalu. Lagu ini pertama kali ke kaca TV menerusi rakaman Konsert Sensasi 2 Misha Omar yang ditayangkan pada 1 September 2011.

Lagu ini disifatkan sebagai makanan ruji Misha kerana menghidangkan ballad yang berciri kemelayuan dengan susunan muzik yang lebih progresif. Kemampuan vokal Misha disifatkan lebih teruji dengan lagu ini disamping dapat memperlihatkan sisi kematangan Misha. Rudi Muhammad ataupun lebih dikenali sebagai Kuncidemak sebelum ini pernah bekerjasama dengan penyanyi popular Faizal Tahir untuk 2 buah album penyanyi tersebut dan Misha merupakan penyanyi wanita pertama yang bekerjasama dengannya.

Lagu ini mencatat kedudukan ke 19 di Carta 20 Suria FM setelah 11 minggu di dalam carta.

Tema Qaseh Marissa

Misha mengumumkan menerusi laman Twitternya bahawa lagu ini dijadikan sebagai lagu tema untuk drama bersiri Qaseh Marissa yang menemui penonton di kaca TV2 pada Oktober 2011.

  • l
  • b
  • s
Misha Omar
Diskografi • Filmografi • Anugerah dan Pencalonan • Misha Omar Productions • Lagu Misha di AF •
Album studio
Misha (2002) · Aksara (2004)  · Misha Omar (2008)
Album EP
Album kompilasi
Single
Bunga-bunga Cinta • Lilitan Asmara • Halaman Cinta • Terpana • Semoga Abadi • Pulangkan • Dedebu Cinta • Tak Ingin Lagi • Riwayat Cinta • Ku Seru • Nafas Cahaya • Cinta • Sembunyi • Jawapanmu • Cinta Adam dan Hawa • Sampai Disini • Berlalu • Detik Antara Waktu • Angin Syurga • Untuk Bermimpi • Terima Ku Seadanya  • Sampai Bila  • Tanpa Rela  • Masihkah Ada Rasa Itu?
Lagu-lagu lain
Segalanya • Suluhkan Sinar • Tiada Lagi Tangisan • Hati Keliru • Tak Ku Duga • Percayalah Sayang • Teja Menanti Tuah • Mahathir • Wanita Perdana  • Jiwa Sentuh Jiwa
Konsert
3 Jewels in Concert (2012) · This Is Misha..Live at DFP 2019 (2019)  • Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Bintang: Misha Omar (2021)
Filem
GK3 The Movie (2005) · Main-main Cinta (2006)
Teater
Muzikal Gamat (2010) · Muzikal Uda dan Dara (2010) · Muzikal Mahathir (2010-2011) • Mak Dara Nyonya (2011) • Monolog Ratapan Gadis(2013)  • Nyonya & The Gang (2013)
Pengacaraan TV
Sehati Sejiwa (TV) (2009 - 2010)
Mentor
Adnan Abu Hassan • Ramli M.S. • M. Nasir • Rahim Razali • Syafinaz Selamat • Rosminah Tahir