Kronologi pembentukan istilah bahasa Melayu

  • 1956, 22 Jun: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kerajaan Malaysia untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu.
  • 1960-an: Akhiran "si" (misalnya, "ekonomis" untuk "economical" dalam bahasa Inggeris) dan "isasi" (misalnya, organisasi) mula diserapkan ke dalam bahasa Melayu daripada akhiran bahasa Belanda, "tie" dan "isatie", melalui bahasa Indonesia.[1]
  • 1970-an:
    • 1975: Edisi pertama Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Diarkibkan 2013-01-02 di Wayback Machine diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
    • 1976: Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia yang bersidang di Kuantan memutuskan bahawa akhiran "ysis" dan "esis" dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan secara malar dan diberikan bentuk "isis" sahaja, dan bukan kekadangnya "isa". Maka dengan itu, "analisa", misalnya, kini menjadi "analisis".[2]
  • 1980-an:
    • Menjelang pertengahan dekad ini, akhiran "isasi" atau "ifikasi" yang sangat digemari pada 1960-an dan 1970-an semakin digantikan oleh penggunaan "pe-an" oleh para penerbit karya ilmiah, tanpa sebarang dorongan daripada DBP.[3] Contoh:
      • Modenisasi: Pemodenan
      • Islamisasi:Pengislaman
      • Klasifikasi: Pengelasan.
    • 1980: Satu ketetapan dicapai oleh Sidang Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia di Bali, Indonesia bahawa "de" dalam istilah saintifik digantikan dengan "nyah" (misalnya "mendewarnakan" dijadikan "menyahwarnakan").[4]

Tarikh tidak diketahui

  • Akhiran "ic" dan "cal " : Dalam bahasa Indonesia, kedua-dua akhiran bahasa Inggeris ini diterjemahkan sebagai "is". Oleh sebab akhiran bahasa Indonesia itu tidak mempunyai sebarang hubungan secara langsung dengan "ic" dan "cal", Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia memberi kelonggaran kepada pihak Malaysia untuk memilih "ik", "ikal", atau "is". Malaysia memilih "ik" (misalnya teknik, automatik, saintifik) dan "ikal" (misalnya fizikal, teknikal, klinikal, praktikal) disebabkan kebiasaan orang Malaysia dengan akhiran itu.[5]

Rujukan

  1. ^ Asmah Haji Omar. Bahasa Malaysia Saintifik, Terbitan Kedua (2005), m.s. 32. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8164-9
  2. ^ Asmah Haji Omar. Bahasa Malaysia Saintifik, Terbitan Kedua (2005), m.s. 32. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8164-9
  3. ^ Asmah Haji Omar. Bahasa Malaysia Saintifik, Terbitan Kedua (2005), m.s. 34. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8164-9
  4. ^ Asmah Haji Omar. Bahasa Malaysia Saintifik, Terbitan Kedua (2005), m.s. 26. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8164-9
  5. ^ Asmah Haji Omar. Bahasa Malaysia Saintifik, Terbitan Kedua (2005), m.s. 19. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8164-9
  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.