Taufa'ahau Tupou IV

Raja Taufa'ahau Tupou IV

Raja Tonga, Tāufa'āhau Tupou IV, (4 Julai 1918–10 September 2006), anak kepada Ratu Sālote Tupou III dan suaminya Putera Tungī, ialah Raja Tonga sejak kematian ibunya sehinggalah beliau mati pada tahun 2006. Pasangan beliau adalah Ratu Halaevalu Mata'aho Ahome'e, lahir tahun 1926. Pasangan ini mempunyai empat orang cahaya mata:

  • Putera Mahkota Sia'osi Taufa'ahau Manumata'ogo Tuku'aho Tupou, lebih dikenali sebagai Tupouto'a. Dia menggantikan ayahnya dan juga dikenali sebagai George Tupou V.
  • Puteri Sālote Mafile'o Pilolevu Tuita (lahir Tuku'aho)
  • Bekas Putera Fatafehi Alaivahamama'o, mati 2004)
  • Putera Aho'eitu Unuaki'otonga Tuku'aho, lebih dikenali sebagai Lavaka Ata Ulukālala.

Pada 15 Ogos 2006, Perdana Menteri Tongo, Feleti Sevele mengumumkan bahawa Raja sedang sakit tenat di hospital di Auckland dan meminta supaya rakyat berdoa untuk kesejahteraan baginda.

Baginda mati sebulan kemudian, sejurus sebelum tengah malam pada 10 September, 2006.

Pautan luar

  • (Inggeris) Laman web Monarki Tonga Diarkibkan 2010-07-21 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Artikel New Zealand Herald Diarkibkan 2013-01-12 di archive.today
  • (Inggeris) Lawatan terbaru Raja Taufa’ahau Tupou IV ke Hong Kong Diarkibkan 2004-12-10 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Jubilee Perak Raja Taufa'ahau Tupou IV (1993)
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Salote Tupou III
Raja Tonga
1965 – 2006
Diikuti oleh:
Siaosi Tupou V